Salam , Alhamdulillah hari ni aq ade mood nak buat cita , kali ni fasal hudud ? benda pe tuh ? makanan ? haha . klau nak tau korang kena tgk la sendiri yee
Hukum Hudud sebenarnye hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah
tertentu, yang tidak dibolehkan manusia diubah , ditokok tambah ataupun dikurangkan . Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan
bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan
itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk
menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau
disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya. Hukum jenis ini
dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan
hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke
atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes.
Ertinya, hukum ta’zir itu ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang
tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH, kerana ALLAH memulangkannya
kepada kebijaksanaan tuan hakim. Dengan syarat pesalah diberi malu
sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Biasanya hukum ta’zir ini lebih
ringan dari hukum hudud.
kesalahan 2 yang wajib dikenakan hukum hudud :
- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Contoh hukum hudud pula :
- Hukum potong tangan kepada pencuri.
- Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati.
- Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
- Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
- Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.
Contoh-contoh hukum ta’zir ialah:
- Diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya.
- Dipenjarakan.
- Dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum.
- Didenda duit atau disuruh buat kerja berat
aku rase kat Malaysia ni memang patut pun dilaksanakan hukum hudud ni , bukan ape , aku rase kat Malaysia ni dah terlalu banyak sangat kes2 buang anak , merompak . name je negara Islam tapi nak laksanakan Hudud pun susah .
Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk
menyelamatkan kebaikan yang telah dilakukan oleh majoriti masyarakat
manusia daripada diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat.
Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan.
Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dengan hukuman. Sebab itu hukuman
didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada segelintir
penjahat itu.
Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hukum hudud atau ta’zir, jangan dipandang
lahirnya yang menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yang menyeluruh
kepada masyarakat. Seperti bila doktor mahu membedah pesakitnya
atau mahu potong anggota pesakit yang sakit kencing manis, jangan di
lihat lahimya yang menakutkan itu. Tetapi lihatlah natijah baiknya yang
penuh keselamatan bagi anggota-anggota yang lain.
Hukuman-hukuman ALLAH itu sebenamya mempunyai kebaikan yang cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:
Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 179)
No comments:
Post a Comment