Friday, 28 October 2011

Hudud

Salam , Alhamdulillah hari ni aq ade mood nak buat cita , kali ni fasal hudud ? benda pe tuh ? makanan ?  haha . klau nak tau korang kena tgk la sendiri yee

Hukum Hudud sebenarnye hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia diubah , ditokok tambah ataupun dikurangkan . Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya. Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes.

Ertinya, hukum ta’zir itu ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH, kerana ALLAH memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud.

kesalahan 2 yang wajib dikenakan hukum hudud :


  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Contoh hukum hudud pula :


  1. Hukum potong tangan kepada pencuri.
  2. Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati.
  3. Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
  4. Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
  5. Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.

Contoh-contoh hukum ta’zir ialah:
  1. Diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya.
  2. Dipenjarakan.
  3. Dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum.
  4. Didenda duit atau disuruh buat kerja berat

aku rase kat Malaysia ni memang patut pun dilaksanakan hukum hudud ni , bukan ape , aku rase kat Malaysia ni dah terlalu banyak sangat kes2 buang anak , merompak . name je negara Islam tapi nak laksanakan Hudud pun susah .

Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yang telah dilakukan oleh majoriti masyarakat manusia daripada diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dengan hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada segelintir penjahat itu.

Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hukum hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yang menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yang menyeluruh kepada masyarakat. Seperti  bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yang sakit kencing manis, jangan di lihat lahimya yang menakutkan itu. Tetapi lihatlah natijah baiknya yang penuh keselamatan bagi anggota-anggota yang lain.

Hukuman-hukuman ALLAH itu sebenamya mempunyai kebaikan yang cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:

Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 179)
 



Wednesday, 26 October 2011

PES 2011


korang perasan tak ape yg aq perasan ?
klau x perasan bola disebelah kanan uh lebih jelas la, ade unsur freemason ! uh klau nak lg senang korang bkk ar game uh tenung bola tu betul2 !

KITA dan ARTIS

semua orang sudah maklum negara kita mempunyai lambakan artis sampaikan ade yang dah berlakon 100 filem pun orang masih tak igt name mereka. Tapi post kali ni , aq nak cite perbezaan kita dan artis

=> KITA pg PAVI pakai selipar jamban , orang ramai tak ambek kesah dan tak peduli langsung . Tapi klau ARTIS pulak, esoknya keluar kat kosmo siap ade muka lagi uh dgn tajuk yang menarik minat kita membaca.

=> KITA tak perlu risau untuk kemana2 asalkan jangan jadi artis, haha , tap kalau ARTIS pulak, mereka terpaksa upah abang badan besar untuk menemani mereka termasuk di dalam tandas !

=>KITA buatlah perkara yang biasa kita buat. Tapi klau ARTIS pulak , buat lah benda2 yang biasa cth , basuh kereta . pastu si peminat2 dye sebok la tweet kat membe laen cita pasal artis basuh kereta .

nak sambung lagi memang Idea dah taka de ! aduhh , tapi kat sini aq nak bagitau la , kita jangan la terlalu taksub dgn artis ni sebabnya, antara tanda2 kecil kiamat : APABILA ARTIS PUJAAN DISANJUNG TINGGI .  haa , sampai sini jelah . salam

kejahatan FREEMASON

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajarkan dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan daging kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi kita. Seolah-olah buku sains ini nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir ejen Dajjal ni juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah, 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al-Maidah, 88)

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(an-Nahlu, 114)

aku just copy and paste je fasal benda ni , aq pun tgh cuba memahami ape sebenarnye freemason nih, btw , terima kasih kepada MUSAFIR PURBARASA :D saya copy jee

Tuesday, 25 October 2011

Super Mario !


Ohh Mario Balotelli . maaf kali ni aq post pasal bola lagi, haha mungkin tgh demam bola kod ,  " WHY ALWAYS ME " setiap kali ayat tu aq nampak atau dengar rase mcm nak terguling2 pulak . ahad lepas sejarah tercipta dimana Man Utd dimalukan di tempat sendiri , haha yg tak boley tahan uh kalah dgn JIRAN BISING 1-6 :

Antara fakta2 menarik perlawanan itu :

1. Rooney terlupa cara bermain bola selepas berlatih cakap mister  potato BOLEYY

2. Pada penghujung perlawanan kita boleh dengar  penyokong Man City nyanyi lagu ITS EASY

3. Ramli tidak dibenarkan bermain kerana tolong bapaknye basuh kereta

4. Malam tersebut 1 dunia begitu sibuk dengan kekalahan MU ade yg smpai nak bunuh diri !

5. Muka ferguson mirip arsene wenger ketika Arsenal kalah 8-2 di tangan MU , cuma yg membezakan Ferguson gemok sedikit

Jangan hanya kerana bola sepak kita saling bermusuh , membunuh , berpecah , bergaduh . Aku buat post ni pun fasal suka2 , kepada Fans Mu fakta ini adalah FAKE . jadi jangan la ambek hati sangat .

# dekat luar negara aku dengar baju WHY ALWAYS ME ni da mula dijual , harap2 aq dapat beli juga !

Tumit



Awana Diab .

sape dia nih ? kemungkinan seluruh  Malaysia tak kenal dia malahan 1 dunia . pemain UAE bawah 21 tahun ni , pernah mencetuskan kontroversi dunia bola sepak dengan menjaringkan gol mengunakan tumit ! haha , gol tersebut menyebabkan dia dikeluarkan selepas hanya 3 minit bermain , ramai yang berpendapat gol tu tak boleh diiktiraf padahal Maradona menggunakan tangan untuk menjaringkan gol .. hurm dunia2, papepun jom tgk video ni




 tapi pada tanggal 25.9.2011 , Awana Diab telah meninggal dunia akibat eksiden . hurm same2 la kita sedekahkan Al-Fatihah .

Friday, 21 October 2011

hehe !

Assalammualaikum!  haha, Alhamdulillah  akhirnye aku berjaya jugak buat blog , setelah beberapa lamanye aku berangan nak buat blog , sebenarnye , Mufarwa Farid la yg banyak memberi inspirasi buat aku untuk buat blog , memandangkan da pukul 1 pagi  jadi aku pun mau tido esok jela sambung , bye salam !